Home Berita PAS Wilayah

Kebajikan satukan PAS, NGO dan Penduduk PPR Beringin

174
SHARE

Oleh : Maizatul Asida
2 Ogos 2021

BATU : PAS Cawangan Beringin dengan kerjasama Majlis Kebajikan M.A.M Bersatu dan Komuniti Hab PPR Beringin telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas buat penduduk setempat, baru-baru ini.

Program anjuran PAS Cawangan Beringin ini turut bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara pimpinan PAS Kawasan Batu, wakil penduduk, Badan Bukan Kerajaan serta Geng Ayahanda yang masing-masing membawa agenda demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Sumbangan berbentuk barang keperluan asas ini telah ditaja oleh penyumbang persendirian, Khairul Abdul Aziz.

Penasihat MPP Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya yang hadir sama dalam sesi penyerahan sumbangan itu, berpesan kepada para penyumbang dan wakil penduduk agar terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan kerajaan Perikatan Nasional yang banyak memberikan bantuan demi kelangsungan hidup rakyat semasa pandemik ini.

Turut hadir dalam program tersebut, Ketua PAS Cawangan Beringin, Ustaz Ahmad Effendi, AJK cawangan tersebut Along Kamarubahrin dan Sufyan Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Kebajikan M.A.M Bersatu dan Komuniti Hab PPR Beringin, Azami Ahmad bersama timbalannya, Faizul Shariff dan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Beringin, Nyanasakeren.

https://www.facebook.com/1589112137969765/posts/2927749937439305/?sfnsn=mo