Home Berita PAS Pahang

Kebajikan rakyat agenda utama JAMKL

143
SHARE

Oleh: ZULHILMI ABU BAKAR

LIPIS, 8 Nov. :: “Agenda kebajikan rakyat menjadi keutamaan kepada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Lipis (JAMKL),” kata Komanden JAMKL Saufi Abdul ketika mempengerusikan mesyuarat JAMKL di KOTA Al Istiqamah, Kampung Berembang, di sini hari ini.

Ini berikutan perlantikan Ahli Jawatankuasa JAMKL sesi 2021-2023 setelah selesai Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Lipis (DPPKL) baru-baru ini.

Sebagai sebuah jabatan yang berada di bawah DPPKL, JAMKL bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi respon kepada semua jenis kes yang melibatkan kebajikan masyarakat, tanggungjawab sosial, bencana alam, kecemasan dan keselamatan dalaman parti bahkan pelbagai lagi cabang tugas JAMKL yang dikendalikan secara berfokus oleh 12 unit atau kor dibawahnya.

“JAMKL menerima arahan dari pihak atasan parti untuk mengaktifkan segera bilik gerakan agar dapat memberi khidmat kepada masyarakat sekitar Kawasan/Parlimen Lipis dengan segera.

“Tambahan pula cuaca yang tidak menentu memerlukan semua anggota JAMKL sentiasa siap siaga memberikan bantuan dan khidmat yang terbaik,” tambahnya merujuk kepada peristiwa banjir 2014 dan awal tahun 2021 yang lepas.

“Sekarang JAMKL berjaya menambah aset dengan membeli 2 biji bot tambahan beserta kelengkapan yang lebih baik,” katanya lagi.

JAMKL merupakan antara unit atau badan yang paling aktif dan mendapat pujian orang ramai kerana membantu masyarakat sekitar Lipis yang terkesan akibat banjir awal tahun ini bermula dengan operasi menyelamat mangsa dan barang-barang rumah, operasi cuci dan operasi bantuan keperluan seusai banjir.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::