Home Berita PAS Perak

Kebajikan agenda kami dulu, kini dan selamanya| DPPN Perak

18
SHARE

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPN Perak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas pengumuman Pakej Perindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bernilai RM380 billion khusus buat rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi detik sukar berhadapan dengan pandemik COVID-19 masih di tahap kritikal di masa ini.

Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion semalam membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendengar suara hati rakyat.

Kami amat bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah yang berkata, Kerajaan PN memberi reaksi positif sehingga muncul pakej ransangan baharu yang dikenali sebagai PEMULIH ini setelah pelbagai komen dan reaksi dari rakyat terutama melalui media sosial.

Yang paling menarik melalui pakej bantuan itu adalah ia turut memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli parlimen termasuk pembangkang bagi menyalurkan bakul makanan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

LKK DPPN Perak amat berharap agar peruntukan ini digunakan sepenuhnya oleh setiap wakil rakyat untuk membantu rakyat di Kawasan parlimen masing-masing tanpa mengira batas fahaman politik, kaum, agama dan sebagainya. Janganlah mengambil pendekatan dangkal mengutamakan individu tertentu semata–mata untuk mempertahankan kedudukan masing-masing.

LKK DPPN Perak sentiasa bersedia dengan seluruh pemimpin masyarakat, jentera kerajaan dan mana pertubuhan NGO untuk menjalankan gerak kerja kebajikan PAS di seluruh Kawasan di negeri Perak ini. Kami menyambut baik saranan Ketua Pemuda PAS Malaysia agar Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan digerakkan untuk menyamapaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan samada bendera putih diangkat ataupun tidak.

Kami yakin peranan gerak kerja kebajikan ini adalah peranan semua dan menyeluruh yang perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk dalam perhitungan di akhirat kelak. Rujuk ayat 7-8 Surah Al Zalzalah yang bermaksud “Sesiapa yang mengerjakan amal kebajikan seberat zarah sekalipun, nescaya Dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihatnya.”

Sedari awal kita menghadapi pandemic COVID-19 ini pada Mac 2020, LKK DPPN Perak telah menubuhkan Tabung Kebajikan COVID-19 DPPN Perak bagi mengumpul dana dari semua pihak untuk tujuan membantu rakyat marhaen yang memerlukan bantuan di seluruh negeri Perak.

Tabung Kebajikan COVID-19 DPPN Perak ini dbuka sepanjang masa dan sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,

Bank Islam (08013010005254)

atau terus klik pada link berikut:

https://amilin.pas.org.my/…/tabungkebajikancovid…

#LindungDiriLindungisemua
#MohVAksin
#Menangbersama

Ts. Mohd Shahrizan Ahmad Fuat
Pengerusi Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak