Home Berita PAS Selangor

Ke mana selepas SPM? – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

185
SHARE

May be an image of text that says "Ke Mana Selepas SPM? DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR KELAYAKAN MINIMUM STPM SISTEM PENGAJIAN DI IPTA STAM SEPARUH MASA SPM SETARAF MATRIKULASI MELALUI BPPJPT AMBILAN SEPTEMBER) PROGRAM PERSEDIAAN LUAR NEGARA TAJAAN SEMESTER KEDUA ÛJAZAH PERTAMA DIPLOMA IPT/POLITEKNIK IPTS/UM) UPM SALURAN KEDUA DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DKM SALURAN KHAS KOKURIKULUM KERJA TAHUN PENGALAMAN PYMEDIA SEPARUH MASA SAMBILAN #MEMIMPIN NECARA YOO #Youth4Green 4Green PENGAJIAN JARAK JAUH Dewan Pemuda PAS Selangor https://emudaselangor.pas.org.my"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Lepas SPM ni nak buat apa pula?

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, mengucapkan tahniah buat semua calon-calon SPM yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan tersebut. Mungkin ada yang nak terus bekerja dan mungkin ada yang masih ingin mengejar cita-cita dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Nasihat Dewan Pemuda PAS Selangor, kejayaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada berapa banyak sijil yang dimiliki tetapi ianya terletak pada pemikiran dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

“Walau apa pun rintangan yang dihadapi, teruskan bangkit dan berusaha mencapai apa yang diimpikan kerana tiada kegagalan bagi mereka yang berusaha. Teruskan berusaha dan belajar hatta bagi mereka yang bekerja sekali pun kerana pembelajaran bukan sekadar di sekolah atau kolej ataupun universiti” sambungan nasihat mereka.

Pemuda PAS Selangor menimbulkan persoalan berjawapan, adakah anda mahir sesuatu perkara tanpa mempelajarinya? Tidak bukan. Jadi selagi mana hayat dikandung badan, selagi itu kita akan belajar. Bagi yang akan melanjutkan pelajaran, teruskan dan bagi yang tidak jangan putus harapan kerana ada peluang yang lebih cerah sedang menanti anda.

“D.U.I.T. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal merupakan formula kejayaan yang sebenar. InsyaAllah pasti akan dipermudahkan segala urusan olehNya kepada semua yang berusaha” pesanan terakhir Dewan Pemuda PAS Selangor disertakan akronim formula untuk berjaya.

Selamat maju jaya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor