Home Artikel PAS Selangor

Kayuhan Santai & Serahan Sumbangan Kebajikan PAS Di Bawah DUN Gombak Setia – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Gombak

229
SHARE

Oleh : PAS DUN Gombak Setia

JPRU Simpang 3 & NGO Sahabat AMAL Care telah mengadakan Satu program kayuhan santai & Serahan Sumbangan Kebajikan kepada yang memerlukan. Sahabat-sahabat PAS dari Cawangan Kg Changkat & Cawangan Simpang 3 Gombak bergerak bersama-sama, ada yg bermotor, berkereta, berbasikal ke rumah penerima sumbangan.

Sempena kelahiran seorang insan yang paling agung, kami menyantuni penerima2 yang memerlukan sebagaimana yg dianjurkan oleh Baginda SAW.

Nabi Muhammad SAW bersabda:, “Orang yang paling disukai Allah SWT ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang Muslim atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya atau engkau langsaikan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor