Home Berita PAS Perak

Kaum India terima bantuan beg sekolah

16
SHARE

Oleh : Ez

2 Februari 2024
CHANGKAT JERING – Program kebajikan dan kemasyarakatan dianjurkan oleh PAS sudah tidak asing lagi pada hari ini, malah ia merupakan antara medium yang menjadi asbab PAS dekat di hati masyarakat.

YDP PAS Bukit Gantang yang juga ADUN Changkat Jering ,Haji Rahim Ismail berkata ini merupakan inisiatif PAS Kawasan dalam meringankan tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan.

Ujarnya lagi , beliau sebagai wakil rakyat akan terus membantu pelajar ini dengan memberikan bantuan agar pelajar tidak tercicir daripada menuntut ilmu.

Semua kaum akan terus dibantu kerana tidak mahu mana-mana kaum ketinggalan.

“Dengan bantuan ini sedikit sebanyak membantu pelajar supaya mereka lebih selesa untuk ke sekolah.,” katanya ketika hadir menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 30 pelajar kaum India di Pusat Khidmat ADUN Changkat Jering di sini baru-baru ini.

Selain itu katanya, semua pelajar kaum India perlu menimba ilmu demi membantu keluarga masing-masing apabila mereka berjaya kelak dan tidak sesekali melupakan jasa ibu bapa selama ini.

Rahim berkata, dengan sumbangan tersebut menunjukkan bahawa semua kaum di sini akan terus dibantu daripada pelbagai aspek, seperti sumbangan beg sekolah pada hari ini.

Majlis anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bukit Gantang ini turut dihadiri entiti PAS yang lain bagi memastikan kelancaran majlis.