Home Berita PAS Terengganu

Kasih Kepada Pihak Berkuasa, Sukarelawan – YB Ustaz Sulaiman Sulong

8
SHARE

MARANG – PAS mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa serta pasukan sukarelawan turut bersama bagi membantu operasi menyelamat dan pemindahan penduduk yang terjejas di kawasan rendah dan berisiko banjir.

Setiausaha PAS Marang, YB Ustaz Sulaiman Sulong berkata, jumlah mangsa mungkin akan terus meningkat memandangkan hujan masih belum reda sepenuhnya.

“Kami sentiasa memantau situasi semasa dan memastikan segala bantuan dapat disalurkan secepat mungkin kepada mereka yang terjejas. Keselamatan dan kebajikan rakyat adalah keutamaan kami,” ujar beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan itu berkata demikian ketika menziarahi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di DUN tersebut semalam.

Menurutnya, Sebanyak 3 PPS dibuka di DUN Pengkalan Berangan dan setakat malam ini, seramai 150 mangsa telah ditempatkan di PPS Pengkalan Berangan dan PPS Wakaf Tapai menempatkan 42 orang mangsa melibatkan 3 buah kampung berdekatan. manakala di dewa sivik Merchang sabanyak 2 keluarga baru mendaftar di PPS.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko untuk sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.” tambah beliau.