Home Berita PAS Terengganu

Karnival Silat gegarkan Gong Badak

249
SHARE

KUALA NERUS – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Yayasan Al Amin dengan kerjasama Kerajaan Terengganu akan menganjurkan Karnival Silat Kebangsaan (KSK) Kali Pertama 2023 di Stadium Tertutup Komplek Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak selama empat hari bermula 14 hingga 17 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamudin Abdul Karim berkata Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikannya dengan slogan ‘demi penyatuan, dakwah dan jati diri’.

Katanya, pengajuran karnival tersebut diuruskan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian di Sidang Media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Kontinjen Terengganu Sukan Malaysia XXI (SUKMAXXI), Sarawak 2024 di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli,  Pengerusi PEKIDA Terengganu, Ahmad Fadrul @ Damak Md Taha dan Penasihat I KSK, DCP (B) Dato’ Abdul Razak Mohd Yusoff.

Hishamudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh berkata aktiviti karnival tersebut termasuk acara kejohanan silat kebangsaan kali kedua, pameran agensi dan korporat, pameran senjata Melayu, both jualan makanan dan minuman, pertunjukan silat, forum dan ceramah, pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah.

“Saya dimaklumkan bahawa karnival ini lebih kepada  memupuk semangat jati diri Melayu dan penyatuan ummah, jadi ia adalah satu ‘event’ yang cukup bermakna kepada rakyat negeri Terengganu.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, kita akan memberi kerjasama mana yang perlu untuk membantu menjayakan karnival tersebut,” tambah beliau.

Kerajaan Terengganu juga katanya kagum dengan usaha gigih pihak pengajur untuk merealisasikannya pada tarikh yang ditetapkan itu.

Justru beliau menyeru rakyat Terengganu hadir beramai-ramai bagi merai dan menjayakan  karnival yang cukup bermakna itu.

Sementara itu, Abdul Razak berkata dijangka 3,000 ahli persatuan silat dari seluruh negara akan menyertai karnival tersebut pada tarikh tersebut.

“Masih ramai yang ingin menyertai karnival berkenaan tetapi penyertaan terpaksa ditutup kerana kapasiti stadium tidak mengizinkan penyertaan melebihi had tersebut untuk acara dan pertandingan,” jelasnyge widget