Home Artikel PAS Wilayah

Karnival Muhibbah Meriahkan Tahun Baru Cina

496
SHARE

Karnival Muhibbah Meriahkan Tahun Baru Cina

Oleh NURUL NADIYAH

KUALA LUMPUR, 4 Feb : Satu Karnival Muhibbah sempena Tahun Baru Cina telah diadakan di PPR Cochrane Perkasa pada 2 Februari, Ahad yang lalu.

Menariknya, karnival ini berjaya menghimpunkan pelbagai kaum di Titiwangsa bagi bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.

Karnival Muhibbah bertambah meriah dengan persembahan Tarian Singa, penyerahan sumbangan, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.

Perasmi jemputan, AJK PAS Pusat, Dr. Halimah Ali dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS tidak memaksa orang jadi Melayu dan masuk Islam. Wujudnya Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP), juga antara bukti PAS menghormati masyarakat pelbagai latar agama dan bangsa.

Kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Wilayah Persekutuan dan LPN PAS Kawasan Titiwangsa menjadikan Sambutan Tahun Baru Cina, 2020 dapat dijalankan dengan jayanya. Karnival Muhibbah tamat sekitar jam 12 tengah hari.

Kesimpulannya, PAS sentiasa berusaha menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam menjaga hubungan antara kaum dan keharmonian di Malaysia. Justeru itu, diharapkan masyarakat akan lebih bersatu padu ke arah kebaikan dan kesejahteraan bersama.