Home Berita PAS Terengganu

Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Sediakan Peluang Pekerjaan

4
SHARE

KUALA TERENGGANU – Karnival Indahnya Hidup Bersyariat tidak hanya menyajikan program ceramah perdana, bengkel solat, pameran agensi ataupun sukaneka semata-mata sebaliknya ia turut menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari kerja.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu terhidang apabila Terengganu Human Reource Development Centre (THRDC) akan membawa majikan ke program itu nanti.

“Ia akan memberikan peluang pekerjaan sempena Karnival IHB dan Bulan Penghayatan Isra’ Mikraj Peringkat Daerah Marang.

“Antara majikan yang menawarkan pekerajaan (di program itu) adalah, TM One, Bumi Teraju Resources Sdn Bhd. In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. E-Beca dan Tarbiyaah Kreatif,” ujarnya melalui satu kenyataan di facebooknya, di sini, kelmarin.

Justeri beliau menyeru agar mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk hadir ke program terbabit terutama komuniti berada berdekatan Masjid Rawai, Marang yang menjadi lokasi pilihan pada kali ini.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiri temuduga terbuka pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 13 hingga 14 Februari.

“Jom daftar untuk temuduga terbuka di link atau scan kod Qr dalam poster https://bit.ly/tprogramterkini,”ujarnya.

Selain itu apa yang menarik di Karnival IHB yang menjadi tumpuan ramai ialah Pasar Berkat yang menawarkan harga sangat berpatutan iaitu ayam RM10 seekor, daging RM23 sekilogram, sayur-sayuran RM1 seikat serta satu treler ikan murah.