Home Berita PAS Terengganu

Kaji semula bantuan ‘One-Off’ sempena perayaan

46
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri dipohon mengkaji kembali perkara 78 (halaman 26) tentang pemberian tunai ‘one-off’ bernilai RM300 untuk isi rumah miskin sempena menyambut hari perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim berkata ia perlu diperhalusi secara bersama dengan Teras Ekonomi Dipacu dan Teras Pembangunan Dilestari.

“Apa yang dilaksanakan pada tahun ini adalah Kategori A bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebanyak RM400.00 dan Kategori B bagi pendapatan isi rumah antara RM2,501-RM5,000 sebanyak RM250.00.

“Justeru, formula yang telah dilaksanakan pada tahun ini dimohon agar dapat dikekalkan dan bukannya berstatus RM300.00,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sementara itu, Hishamuddin turut mencadangkan agar pakej Skim Pinjaman Perumahan Rakyat Terengganu (i-Rahman) diperkasakan dengan lebih saksama.

“Dasar perumahan yang menetapkan perumahan Jenis A yang diusahakan secara penswastaan dan memerlukan kepada pembiayaan daripada pihak bank.

“Sebaiknya diberikan kuota rakyat mengikut dun agar pemohon yang gagal mendapatkan pembiayaan bank dapat dibantu dengan skim ini secara lebih berstrategik,” ujarnya.