Home Berita PAS Sabah

Jururawat terkejut terima kunjungan istimewa dari PAS Kinabatangan

8
SHARE

Oleh: Fasihah Mohamad
15 Mei 2025

Kinabatangan: Beberapa jururawat di Hospital Kinabatangan tidak menyangka akan menerima kunjungan istimewa daripada PAS Kawasan Kinabatangan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2025.

Program Ziarah ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada petugas kesihatan yang sentiasa komited dan berdedikasi menjaga kebajikan masyarakat.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla berkata, jururawat adalah wira tidak didendang yang selayaknya dihormati dan diraikan.

“Mereka sentiasa di barisan hadapan berkorban masa dan tenaga demi kesihatan masyarakat,” katanya.

Rombongan PAS Kawasan Kinabatangan hadir dengan membawa Manisan Lamag yang disampaikan kepada jururawat bertugas sebagai tanda terima kasih.

Beliau menyeru masyarakat, khususnya anak muda agar terus menghargai jasa besar warga kesihatan negara.

Ziarah ringkas itu diakhiri dengan suasana mesra dan senyuman jelas terpancar di wajah para jururawat yang diraikan.