Home Berita PAS Sabah

Jurulatih bola sepak PASTI Sabah bertauliah

127
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
16 Ogos 2022

RANAU : Dua orang wakil daripada Jabatan PASTI Negeri Sabah berjaya menamatkan Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Akar Umbi yang diadakan selama dua hari, di sini, Ahad lepas.

Syainal Syamsul dan Ilham Samsu telah menyertai kursus anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Seramai 30 orang jurulatih telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh Jurulatih bertauliah, Hilary John Baptis Gabando dan Petronella Douny.

Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom berkata kursus itu bertujuan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah terutamanya di peringkat akar umbi negeri Sabah pada masa akan datang.

Syainal berkata, usaha PASTI Sabah dengan menghantar wakilnya ke kursus itu satu tindakan dan persediaan yang terbaik kerana PASTI akan menghantar pemain-pemainnya ke pertandingan bola sepak samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Beliau juga berharap agar ilmu yang dipelajari dalam kursus tersebut dapat dimanfaatkan untuk pemain-pemain PASTI di masa akan datang.