Home Berita PAS Terengganu

Jumlah Penerima Dana Raya Terengganu Bertambah

1388
SHARE

 

Semua yang layak akan menerima Dana Raya Terengganu

DUNGUN- Jumlah sumbangan Dana Raya akan dikurangkan daripada yang diterima sebelum ini, berikutan semua yang layak akan menerimanya.

Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata cara pembahagian dahulu hanya memilih orang-orang tertentu.

Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli

“Ramai orang yang layak tapi, oleh kerana ‘tidak tertentu’, tidak masuk dalam senarai”, ujar beliau ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Ramadhan DUN Rantau Abang Dewan Al-Husna, Markas Tarbiyyah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, Tok Kah di sini pada 2 Jun.

Yang Dipertua PAS Dungun seterusnya menambah kerajaan baru yang mentadbir hari ini mengagihkan secara adil tanpa mengira siapa pemohon.

“Oleh kerana itu, saya pohon maaf bagi pihak kerajaan negeri mungkin jumlah tak sama”, katanya lagi.

Manakala ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun di dalam sidang media sejurus majlis selesai memberitahu seramai 470 orang fakir miskin dan 180 orang anak yatim daripada 23 cawangan telah menerima sumbangan yang melibatkan kos sebanyak RM60 ribu hasil derma orang ramai.

ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun

“Jumlah penerima anak yatim bertambah, tahun lepas lebih kurang 150 orang, jadi bertambah 30 oranglah”, katanya.