Home Berita PAS Terengganu

Jumlah mangsa banjir di Terengganu belum berkurang

157
SHARE

KUALA TERENGGANU, 28 Februari- Banjir gelombang kelima yang memasuki hari keempat di Terengganu terus merekodkan pertambahan mangsa apabila seramai 13,971 orang dipindahkan setakat jam 4 petang tadi.

Sebanyak 160 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 3,875 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi selepas seramai 4,420 orang dipindahkan ke 23 PPS.

“Setiu (1,291 orang), Hulu Terengganu (3,696 orang), Besut (1,622 orang) dan Kuala Nerus (324 orang).

“Di Dungun pula penduduk yang terjejas ialah seramai 1,999 orang manakala Kuala Terengganu (614 orang) dan Marang (5 orang),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keadaan cuaca ketika ini cerah di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu (hujan), Dungun dan kemaman (mendung) serta Setiu, Marang, Besut (hujan renyai).