Home Berita PAS Selangor

Jumlah kerusi Parlimen di seluruh Malaysia adalah 222 – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP PAS Negeri Selangor

2254
SHARE

Oleh : Ustaz Muhammed Sukri Omar

Jumlah kerusi Parlimen di seluruh Malaysia adalah 222. 161 dari kerusi Parlimen tersebut adalah daripada kawasan majoriti MELAYU ISLAM.

Saya mengharapkan keseluruhan 161 kerusi Parlimen yang majoriti penduduknya Melayu Islam diwakili oleh calon Muslim berintegriti, Berwibawa, baik akhlaknya, mempunyai kesungguhan mempertahan Agama, Bangsa dan Negara.

Cukuplah membenarkan PH memerintah 22 bulan yang menatijahkan peminggiran pada Melayu Islam. Ia sangat beri kesan pada kita semua.

Berhentilah bertoleransi tentang isu Kerusi Parlimen Melayu Islam sehingga mengadai kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Mereka yang bukan Islam yang gagal memenangi PRU boleh dilantik ke Kerusi Dewan Negara bagi mewakili Parti Mereka. Kita bina bersama negara ini dengan setiap kaum bersama tetapi Melayu Islam menjadi terasnya.

Melayu Islam perlu mendominasi politik negara bagi menjamin kestabilan negara dan kemakmuran ekonomi.

Moga hasrat ini sampai pada kepimpinan Muafakat Nasional (UMNO Online + Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat + Parti Pribumi BERSATU Malaysia), Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Tiadalah yang kami rakyat harapkan melainkan kebaikan buat tanah air kami!

SEBARKAN AGAR DESAKAN INI SAMPAI PADA KEPIMPINAN MUAFAKAT NASIONAL, BARISAN NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL !

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor