Home Berita PAS Terengganu

Jualan beras dengan harga rahmah bukan penyelesaian

44
SHARE

KUALA TERENGGANU – Tindakan mengadakan skim jualan beras tempatan dengan harga rahmah sebagaimana langkah diambil kerajaab persekutuan diakui serba sedikit membantu orang ramai, tapi ia bukan penyelesaian.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat inginkan penyelesaian secara normal daripada puncanya agar beras tempatan boleh diperolehi dengan mudah dengan harga biasa.

“walaupun bukan harga rahmah! Isunya, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku, siapa yang menjadi punca masalah ini berlaku,

“dan bagaimana penyelesaian dari akar umbi dengan menggunakan bidang kuasa kerajaan yang ada.” soal beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu.

Menurutnya, pengeluaran negara ini mencukupi sekitar 67% ‘self sufficiency rate (SSR)’, dan Malaysia mengimport beras dengan kadar lebih kurang 33%.

“Padi ditanam dua kali setahun, tapi akhirnya jumlah 67% itu hilang dan yang timbulnya ialah 33% sahaja,

“Bila masalah ini ‘geger riuh’ seantero negara, barulah yang 67% pun muncul tiba-tiba dengan harga rahmah.” ujar beliau, hairan.

Menurut laporan media, isu kekurangan bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras import bukan sahaja menjejaskan rakyat yang bergelut menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Jaminan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu bahawa bekalan stok dagangan sebanyak 650,000 tan mencukupi bagi menampung keperluan bagi tempoh empat hingga lima bulan, masih belum menjawab isu kekurangan bahan asas itu di pasaran.

Syarikat dan pemain utama yang terbabit dengan industri, turut mengeluh kerana masalah kekurangan makanan ruji negarai itu.

Pengeluar dan pemborong beras, Syarikat Faiza Sdn. Bhd dipetik media tempatan, mengakui pihaknya kini juga berdepan masalah apabila menerima tekanan dari peruncit yang mahu membekalkan beras tempatan kepada mereka.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berjanji dan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengambil mudah isu harga barangan dan telah mengambil langkah-langkah untuk menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah.

Sebaliknya, rakyat dibawah terus dihimpit dengan kenaikan harga barangan menimbulkan keresahan bukan sahaja kepada pengguna, malah para peniaga juga tersepit dengan peningkatan melampau.

Rata-rata peniaga tertekan dengan kenaikan harga barang yang saban minggu berubah dengan harga berbeza yang semakin tidak masuk akal.
Menurut Fatihah Suhaimi, 20, yang membantu ibunya berniaga barangan runcit, berkata, mereka terpaksa menjual barangan berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh pemborong.

“Sekarang jual apa-apa pun pun tidak ramai pembeli. Kita dapat harga dari pembekal sudah mahal, bukan sahaja beras, telur, gula, minyak yang naik, harga ketumbar yang dulu sekitar RM20 sekilogram sekarang dalam RM35, harga naik mendadak menyebabkan pembeli terkejut.

“Sedangkan kita ambil dari orang mahal juga, terpaksa jual mahal, kalau jual murah tidak balik modal,” katanya dipetik portal TRDI News.