Home Artikel PAS Terengganu

Jualan Amal Ameerah Paka(JAAP 3.0)Bantu Warga Kurang Mampu Berbelanja

46 views
SHARE

DUNGUN, 6 April – Jualan Amal Ameerah Paka (JAAP) sekali lagi mendapat sambutan hangat dikalangan ibu-ibu muda sekitar Paka. Jualan Amal tersebut telah diadakan di Pasti At-Tajdid Kg Kolam, Paka sabtu yang lepas.

Program ini telah di anjurkan oleh Ameerah Paka sejak tahun 2017 lagi. Melihat sambutan yang menggalakkan dari warga Paka, jualan amal ini diteruskan pada tahun 2018 dan 2019.

Seperti biasa, JAAP 3.0 ini bertujuan menjana pendapatan Ameerah Paka bagi mengadakan aktiviti kebajikan untuk wanita muda Paka seperti ziarah,iftar box, chitchat supermak dan banyak lagi.

Selain itu, ianya membuka ruang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan terpakai yang berkualiti dengan harga yang mampu dibayar.

Pemeriksaan mata, kesihatan dan rawatan gigi serta nasihat pergigian secara percuma memeriahkan suasana JAAP 3.0 dengan kerjasama Organisasi Bukan Kerajaan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Astana Optometri dan Klinik Kesihatan Paka.

Nor Huda Mazan, Ketua Ameerah Paka mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan JAAP 3.0, terutama buat para penyumbang barang-barang. Semoga masyarakat setempat khususnya yang kurang berkemampuan mendapat manfaat dari program ini.