Home Berita PAS Terengganu

JPV lupus 13,660 Kg karkas babi tanpa dokumen sah

4
SHARE

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu akan melupuskan 13,660 kilogram karkas babi yang dipercayai dipindahkan tanpa dokumen perjalanan sah, selepas ditahan di Kampung Apal, Terengganu pada 9 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Azman Ibrahim, tindakan itu diambil bagi mengelakkan risiko penularan penyakit berbahaya seperti African Swine Fever (ASF) yang kini dilaporkan berlaku di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor.

“Karkas tersebut tidak melalui pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem.

“Kita bimbang ia menjadi punca penyebaran ASF yang boleh menjejaskan industri ternakan negara,” jelasnya dalam satu hantaran di media sosialnya hari ini.

Menurutnya, konsainmen itu dikesan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan Batalion 8 yang mengekori dua lori dari Bukit Yong, Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu sebelum menahan kenderaan tersebut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

“Pelupusan karkas akan dilaksanakan sebaik sahaja perintah mahkamah diperoleh,” ujarnya.