Home Berita PAS Terengganu

JPKK Pelaksana Dasar Kerajaan

14
SHARE

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) adalah salah satu agensi yang melaksanakan keputusan yang dibuat oleh sebuah kerajaan.

Yang Dipertua PAS Kemaman, Che Alias Hamid menyatakan bahawa JPKK adalah akar umbi kerajaan yang paling hampir dengan rakyat didalam sesebuah pentadbiran negeri.

“Disamping pegawai kerajaan, JPKK juga perlu menjalankan tanggungjawabnya bagi merealisasikan perancangan kerajaan untuk kepentingan rakyatnya dengan sebaik mungkin.

“Walaupun kita dilihat kecil oleh sesetengah pihak, tapi kitalah sebagai tulang belakang yang diperlukan bagi menjayakan agenda yang dibawa oleh kerajaan sekarang.

“Dan ingatlah bahawa usaha memertabatkan syariat islam yang diperjuangkan puluhan tahun ini telah menjadi dasar kerajaan pada hari ini dan ianya mesti diteruskan walaupun ada beberapa kekangan dari segi kewangan dan sebagainya,” ucapnya.

Yang Berhormat Senator Ahli Dewan Negara, itu berucap di Majlis Apresiasi Dan Sanjungan Budi JPKK DUN Air Putih Bersama ADUN Air Putih pada 26 Disember di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.

Beliau juga mengingatkan bahawa tugasan yang dipikul ini akan ditanya dan hitung oleh Allah SWT samada baik ataupun sebaliknya.

“Semoga usaha yang kita lakukan ini akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah, InsyAllah akan dibalas dengan balasan yang baik oleh Allah kelak,” ucapnya lagi.