Home Berita PAS Terengganu

JPKK Alor Selising Dinobatkan Paling Cemerlang di Jerteh

1
SHARE

BESUT – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Alor Selising diumumkan sebagai penerima Anugerah JPKK Cemerlang 2025 di Jerteh dalam satu Majlis Apresiasi yang berlangsung meriah di Dewan Besar Masjid Hadhari petang semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jerteh itu berjaya menghimpunkan kira-kira 400 hadirin, terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa JPKK dan komuniti setempat.

Majlis Apresiasi itu disempurnakan dengan kehadiran  , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Riduan Mohd Nor serta, mantan Ahli Dewan Negara, Dato’Husain Awang yang turut berbesar hati memeriahkan suasana.

Majlis tahunan tersebut diadakan sebagai  penghargaan dan pengiktirafan kepada Pengerusi dan AJK JPKK yang telah menunjukkan komitmen cemerlang serta memberikan kerjasama cukup baik selama ini dalam melaksanakan pelbagai program dan khidmat untuk masyarakat sepanjang tahun.

Dr Riduan  dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua JPKK atas dedikasi dan peranan mereka sebagai barisan hadapan pentadbiran di peringkat akar umbi.

“Setiap hari, JPKK adalah nadi kepada masyarakat. Mereka sentiasa menolong, banyak melakukan kerja, dan sentiasa bersedia menggerakkan inisiatif di kampung masing-masing.

” Penghargaan ini adalah tanda terima kasih kami atas khidmat terbaik yang mereka berikan,” kata beliau dalam majlis tersebut, yang diadakan di sini, semalam.

Selain  yang menyaksikan JPKK Alor Selising berjaya meraih tempat pertama paling cemerlang, JPKK Alor Saji Juga menerima pengikhtirafan yang sama bersama di tempat kedua dan JPKK Darang Buaya di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Dr Riduan turut mengambil kesempatan mengingatkan semua JPKK, terutamanya bagi kawasan yang berisiko tinggi di Jerteh, mengenai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang semakin menghampiri.

“Kita perlu berwaspada bila-bila masa bermula sekarang. Saya menyeru semua JPKK agar dapat memastikan kesiapsiagaan komuniti dan menyelaraskan tindakan dengan agensi-agensi penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir,” tegas beliau.

Sementara itu beliau turut mengharapkan agar Penganjuran Majlis Apresiasi ini diharap dapat menyuntik semangat baharu kepada JPKK untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat, dengan harapan dapat bertemu lagi dalam majlis yang sama tahun hadapan.