Home Berita PAS Selangor

Jom vaksin (Usaha dan ikhtiar penularan wabak COVID-19) – Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

114
SHARE

May be a cartoon of text that says "facebook Malapk Saya telah divaksin! #umisone 3 facebook Universid ALFPVAZ Saya telah divaksin! umisone facebook Universiti Malaya EPPV Saya telah divaksin! #umisone facebook Uiniversit Malaya AZ-UM Saya telah divaksin! #umisone 00: Ahli-ahli Jawatankuasa erja Dewan Ulamak sudah divaksin. yang, P VAKSIN JOM Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru semua agar berusaha dan berikhtiar mencegah penularan COVID-19 dengan mengambil Vaksin. @ulamakpasselangor @dupns"

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dalam sebuah hantaran media sosial menyeru seluruh Ahli PAS dan Muslimin serta Muslimat agar mendaftar dan hadir temujanji untuk diberikan vaksin sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, sehingga kini seramai separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor telah divaksin dan bakinya masih menunggu giliran temujanji.

Hukama’ ada menyatakan, ” Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”

Semoga kita semua dilindungi Allah daripada penyakit COVID-19 dan pesakit agar dipulihkanNya seperti sediakala. Amiin.

Sekretariat Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor