Home Berita PAS Pulau Pinang

Jom sertai DACS

343
SHARE

BUKIT MERTAJAM, 26 MEI – DACS Bukit Mertajam telah menghimpunkan ahlinya dalam satu Majlis Makan Malam Gelombang Hijau yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Mertajam minggu lepas

Dengan kehadiran Naib Presiden PAS Yang Berhormat Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Yang Berbahagia Ustaz Fauzi Bin Yusoff Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah menarik minat ramai ahli dan anak muda yang hadir ke program yang dianjurkan.

Pengerusi DACS Bukit Mertajam Sdr Zulhelmi Bin Mohd Husin memberitahu ramai anak muda yang hadir dan menunjukkan minat dengan Team ARC yang serba lengkap mengiringi kenderaan Datuk Ustaz Idris.

Ramai anak muda yang minat dengan dunia permotoran, tetapi tidak tahu mencari tempat yang betul untuk mereka bersama² berhibur sambil beramal.

Kini DACS Bukit Mertajam dalam perancangan untuk membuat kempen besar besaran kepada anak muda yang berminat menyertai kelab² yang ada dibawah DACS. Bukan sekadar ARC, kita ada banyak kelab dibawah DACS.

Antara Kelab² di bawah DACS
ARC – Alternative Riding Club
APC – Alternantive Photography Club
A4C – Alternative 4×4 Club
AFC – Alternative Fishing Club
ACC – Alternative Cycling Club
ABC – Alternative Band Club
AHRAC – Alternantive Horse Riding & Archery Club
DMC – DACS Motorsport Club
DACS FC – DACS Football Club
AAC – Alternative Aqua Club
DACS FIT
ATC – Alternative Tracking Club
ALMAC – Alternative Martial Art Club

Bagi mereka yang berminat untuk menyertainya boleh terus menghubungi wakil DACS Bukit Mertajam.