Home Rencana PAS Johor

Jom puasa sunat 9 dan 10 Muharram – DUPN Johor

288
SHARE

JOM PUASA SUNAT 9 & 10 MUHARAM

Bersempena kehadiran Hari Tasu’a dan Hari Asyura, Dewan Ulamak PAS Negeri Johor mengajak kepada semua umat Islam untuk kita sama-sama berpuasa sunat demi mengambil ganjaran yang ada padanya.

Sepertimana hadith Nabi SAW yang bermaksud :

“Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”

(Riwayat Ahmad)

“Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Moga Allah permudahkan urusan kita.

USTAZ AZLISHAM AZAHAR

Ketua,

Dewan Ulamak PAS Negeri Johor