Home Berita PAS Terengganu

‘Jom Meriahkan Madinah Ramadan Bersama Keluarga’ – Dr Sam

11
SHARE

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk memeriahkan Madinah Ramadan bersama ahli keluarga dan menikmati suasana berbuka beramai-ramai.

Katanya, lokasi dipilih kali ini adalah Masjid Tengku Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di Kuala Ibai.

Jelas beliau, Madinah Ramadan juga menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma setiap hari ini.

“Sejak 2018 lagi Madinah Ramadan diadakan di Negeri Terengganu untuk mengajak rakyat bersama-sama menghidupkan bulan mulia, Ramadan yang hanya datang setahun sekali,” ujarnya melalui satu kenyataan, di facebooknya, di sini, semalam.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pemilihan Masjid Tengku Tengah Zaharah kerana ia kawasan tumpuan orang ramai dan mempunyai akses yang mudah.

“Orang ramai yang berbuka puasa di Lagun Kuala Ibai digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti di Masjid.

“Kita berharap ia menjadi satu trend seperti di Masjid Kuantan, di mana masyarakat berama-ramai berbuka di kawasan lapang berhampiran masjid kemudian bersama-sama menunaikan ibadah di masjid,” ujarnya.