Home Berita PAS Terengganu

‘Jom Heboh Terengganu lain daripada yang lain’

144
SHARE

KUALA NERUS – Rata-rata pengunjung yang hadir menunjukkan maklum balas positif dan ingin Karnival Jom Heboh itu diadakan lagi untuk masa akan datang.

Hussein Ali, 52 yang merupakan seorang guru berkata persembahan pada semalam menunjukkan kelainan iaitu kesederhanaan dalam nyanyian dan sesuai untuk semua lapisan umur.

“Pelaksanaan Jom Heboh pada kali ini amat sesuai untuk masyarakat Islam dan saya berharap agar karnival seperti ini diadakan lagi untuk masa akan datang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mazlan Hashim, 65, turut berpendapat bahawa penganjuran kali ini berbeza dengan sebelumnya dari segi pembawakan islamik dalam hiburan.

Dia berkata demikian selepas Forum Bicara Ummah Syariat Berdaulat, Negeri Berkat sempena Karnival Jom Heboh bertempat di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus semalam.

Tambah Mazlan, pengunjung yang hadir pada malam itu dilihat berpakaian sopan serta menghormati majlis ilmu.

Antara artis tanah air yang membuat persembahan pada malam itu adalah Tajul Arif, Haqiem Rusly dan Afieq Shazwan yang menyanyikan lagu berkonsepkan nasyid dan ketuhanan.

Muhammad Azhar Imran, 15, turut melahirkan rasa berpuas hati dengan program yang dianjurkan pada malam ini.

Tambah Azhar, program Jom Heboh yang diadakan di Terengganu ini patut dicontohi oleh negeri lain supaya masyarakat kita diajar supaya berhibur dengan cara yang betul.