Home Berita PAS Selangor

Jom daftar vaksin! lindungi diri lindungi semua – Ketua Dewan Muslimat PAS Selayang

229
SHARE

May be an image of 2 people, headscarf and text that says "mslimat Dewon SELAYANG KEMPEN JOM VAKSIN coronavirus Tonavio corona Vaccin virul OVID- ne COVID Vaccin dose "LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA" "Jangan memudaratkan diri sendiri dan jangan memudaratkan orang lain." (Hadis Hasan riwayat Ibn Majah, al-Daraguthni, Malik dan lain-lain) #LindungDiriLindungSemua #JomVaksin # StaySafe #AllahJagaKita"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Ketua Dewan Muslimat PAS Selayang Puan Hajah Kasmawati Haron menyatakan bahawa mereka menyahut dan menyambut baik saranan kerajaan bagi semua rakyat mendapatkan vaksinasi sebagai salah satu ikhtiar untuk mencegah wabak Covid-19. Pencegahan terhadap sesuatu mudharat yang besar perlu didahulukan selaras dengan kaedah fiqh yang masyhur iaitu ;

الضَّرَرُ يُزَالُ

Maksudnya: “Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.”

Dewan Muslimat PAS Selayang juga percaya bahawa saranan pengambilan vaksin oleh kerajaan telah merujuk dan mengambil kira mereka yang pakar dan ahli dalam bidang perubatan serta para alim ulama’ berkenaan hukum pengambilannya. Pertimbangan ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran iaitu ;

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. (Surah al-Nahl: 43)

Oleh yang demikian Dewan Muslimat PAS Selayang menyatakan bahawa, pengambilan vaksin adalah satu keperluan untuk kita bersama-sama membina imuniti berkelompok di samping merupakan salah satu jalan ikhtiar bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ini dan seterusnya dapat membebaskan negara kita daripada wabak ini.

“Jom daftar vaksin! Lindungi diri, Lindungi semua”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor