Home Berita PAS Terengganu

JKNT sedia 16 PPS untuk mangsa banjir positif covid -19

84
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 16 pusat pemindahan sementara (PPS) khas untuk mangsa banjir yang disahkan positif COVID-19 serta mangsa yang menjadi kontak rapat telah dibuka di Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata daripada 16 PPS itu, empat ialah di Kuala Terengganu, Kemaman (tiga), Besut (tiga), Hulu Terengganu (dua), Dungun (dua) dan Kuala Nerus (dua).

“Sehingga kini 49 mangsa banjir yang positif COVID-19 dan 78 kontak rapat berada di kesemua PPS tersebut.

“Kesemua mereka hanya berada dalam kategori satu sahaja dan keadaan kesihatan mereka sentiasa dipantau dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, tidak berlaku sebarang kluster COVID-19 yang berlaku di mana-mana (PPS) setakat ini.

Sementara itu, seramai 680 telah digerakkan untuk membantu mangsa banjir di semua PPS di seluruh negeri untuk memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit berjangkit bawaan air dan memantau tahap kesihatan pesakit yang dipindahkan.