Home Rencana PAS Selangor

Jiwai Al Asmaul Husna – DMPK Hulu Langat

119
SHARE

Jiwai Al Asmaul Husna – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Allah memberi kita peluang hidup lagi pagi ini. Mulai hari dengan Basmalah dan doa pagi. Begitu kita amalkan untuk mulai pekerjaan dengan basmalah sebagai aplikasi ayat 1 Surah Al Mulk.

Doa pagi ini sebagai peringatan dari ayat 28 Surah Al Baqarah,

كبق تكفرون بالله وكنتم امواتا فاحياكم ثم يميتكم تم يحييكم ثم اليه ترجعون.

Bermaksud, “Mengapa kamu mengingkari (kufur nikmat atau kufur aqidah) dalam mengutamakan Alllah (dalam urusan kehidupan kamu) sedangkan sebelum ini kamu mati (dalam alam roh atau belum wujud lagi), kemudian kamu akan mati(jadi jenazah) kemudian kamu ada dihidupkan lagi (hari pembalasan) dan hanya kepada kami (berhadapan dengan Allah pada hari pembalasan amalan) kamu semua akan dikembalikan”.

Takutnya bila kita sebut Allah Ar Rahman, Allah yang memberi kita semua yang kita perlukan untuk menjalani kehidupan di dunia.

Adakah kita diterima sebagai hamba Allah yang termasuk dalam Ar Rahimnya ?

Takutlah berhadapan dengan raja pemerintahan akhirat “The Lord “dan pemilik “The Owner “iaitu Al Mailk atau Al Maalik, hari akhirat.

Jiwai nama Allah Al Asmaul Husna dalam makna bukan sebutan di bibir sahaja. Supaya kita merasai harap dan takut apabila menyebut basmalah dan membaca Surah Al Fatihah.

27 Safar 1443H | 4 Oktober 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan