3 Mac 2018, Taman Bullion Mewah – Jentera PAS P115 Batu menziarahi serta menyantuni pengundi-pengundi pada pagi ini.
Selain menyampaikan maklumat berkenaan PAS, jentera juga dihujani dengan soalan serta cadangan positif untuk menambahbaik pentadbiran apabila PAS berjaya menawan Batu nanti. Sokongan moral tidak berbelah bahagi oleh rata-rata penduduk dengan rencana WINS dan BPMS yang diperkenalkan oleh PAS yang tampak realistik untuk dilaksanakan.
Ops ziarah pagi ini turut disertai oleh Tuan Ahmad Nazrin selaku AJK PAS Kawasan Batu dan bertamu di sekitar 80 buah rumah. Program seumpama ini akan diteruskan bagi menjamin pengundi di Kawasan Batu mendapat maklumat berkenaan PAS dan pembawaannya untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.
Terdahulu, PAS Kawasan Batu menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon Muslim di P115 bagi menjayakan rencana kebajikan dan Islam yang akan menjadi objektif utama PAS kepada semua tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.