SETIU – Jentera penerangan PAS mesti terjun dan masuk ke dalam semua platform media baharu bagi nenyebarkan maklumat kepada semua golongan masyarakat.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said berkata, semua ruang dakwah mestilah dimanfaatkan untuk menyampaikan risalah perjuangan.
“Kita masuk semua dengan pelbagai cara, untuk bertemu dengan masyarakat,
“Terutama anak-anak muda yang ramai perlu disantuni dalam media sosial, zaman ini melalui gajer dan telefon pintar,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Permukiman Mencipta Kandungan Media Baharu, di sini pada Selasa 30 November lalu.
Katanya, beliau pernah menyuarakan agar para petugas penerangan menggunakan aplikasi Tok Tok tiga tahun yang lalu.
“Saya masih ingat semasa permukiman pada tahun 2018, saya katakan betapa pentingnya kita masuk Tik Tok,
“Tapi ramai yang suka dan mendakwa ia adalah aplikasi untuk budak-budak tapi kenyataanya sekarang, ia jadi antara kedudukan antara yang paling tinggi dalam media sosial,” tegasnya.
Menurut beliau, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah seramai 5.6 juta orang dan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Beliau menambah, individu berusia 21 tahun dan ke atas yang layak mengundi tetapi belum membuat pendaftaran sebagai pemilih pula seramai 4.4 juta orang.
“Daripada lebih 1.2 juta rakyat Terengganu, 650 ribu lelaki dan 618 ribu perempuan,
“Manakala orang muda diantara umur 15 hingga 40 tahun berjumlah 560 ribu orang,” ujanya.
Angka tersebut, kata beliau, menggambarkan sasaran dakwah generasi baru yang ramai dan perlu diambil perjalanan oleh jentera Media Baharu.