Home Berita PAS Sabah

Jentera penerangan PAS bersedia hadapi PRN Sabah

824
SHARE

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, merangkap Yang Di-Pertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid

Oleh: Fikril Nizam
21 Ogos 2020

KINABATANGAN : Jentera penerangan PAS Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah pada bila-bila masa sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata jentera penerangan PAS Sabah sentiasa berada dalam mod ‘stand by’ bagi menghadapi PRN Sabah dalam masa terdekat sekiranya itu keputusan yang dimuktamadkan oleh mahkamah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Penerangan dan Media Baharu PAS Zon Sandakan petang semalam di Pejabat PAS Batu Sapi.

Menurut Yang di-Pertua PAS Sandakan itu juga, bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah ini bertepatan dengan keadaan politik negeri Sabah sekarang.

“Bengkel ini dilaksanakan tepat pada masanya memandangkan Sabah bakal berhadapan dengan PRN Sabah.”

“Jentera penerangan merupakan benteng hadapan kepada PAS bagi menyampaikan mesej dan suara parti kepada rakyat khususnya di negeri Sabah ini,” katanya lagi.

Bengkel itu turut dihadiri sendiri oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Pengarah Jabatan Penerangan, Salman Darwis, Pengarah Pilihanraya, Jumaidin Lakalla dan barisan Ketua Penerangan PAS Zon Sandakan.