Home Berita PAS Perak

“Jentera Pemuda PN Gempur Ayer Kuning! Pelancaran Malam Ini Bakar Semangat Perjuangan”

20
SHARE

“Jentera Pemuda PN Gempur Ayer Kuning! Pelancaran Malam Ini Bakar Semangat Perjuangan”

BIDOR, 22 Mac – Malam ini menjadi saksi kebangkitan semangat perjuangan Perikatan Nasional (PN) apabila Jentera Pemuda PN dilancarkan secara rasmi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning.

Majlis bersejarah ini akan berlangsung di Perkarangan SRITI Genius Aulad, Bidor dibanjiri penyokong dan jentera pemuda dari seluruh negeri.

Antara pemimpin utama yang menyampaikan ucapan penuh semangat adalah YB Ustaz Afnan Hamimi, YB Hilman Idham, YB Ustaz Hafez Sabri, Justin Prabakaran, Ustaz Sukri Omar, serta Nadzir Helmi dan Lee Boon Shian yang akan mengobarkan semangat perjuangan.

Pelancaran ini bukan sekadar simbolik, tetapi isyarat jelas bahawa PN komited dalam perjuangan membawa perubahan untuk rakyat Ayer Kuning. Dengan slogan “Prihatin, Bersih, Stabil”, jentera pemuda PN bersedia menggempur demi kemenangan yang lebih gemilang!

#AyerKuningPNMenang
#GengMudaSokongPN
#BersihStabil