Home Berita PAS Wilayah

JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN GEMPUR TITIWANGSA

30
SHARE

Oleh :- Muhammad Abdul Fateh

KUALA LUMPUR, 06 Oktober– Gelombang kebangkitan PAS Wilayah Persekutuan semakin terserlah apabila lebih 200 orang jentera PAS WP digerakkan ke Parlimen Titiwangsa bagi menyantuni para pengundi, khususnya di Zon Keramat dan Zon Pandan. Disini hari ini

Gerak gempur ini merupakan anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan (JPrP WP) dengan kerjasama PAS Titiwangsa serta seluruh jentera PAS WP, membuktikan kesatuan tenaga dalam menghadapi PRU16 yang bakal menjelang.

Turut hadir memberikan kepimpinan di lapangan ialah Josri Shafawi, Pengarah JPRP Titiwangsa, yang bersama-sama menyusun strategi dan memastikan operasi gempur pengundi berjalan lancar.

Selain itu, kekuatan jentera turut diperkukuh dengan penglibatan aktif Pemuda PAS, yang turun dengan semangat tinggi untuk menggerakkan dakwah, menyantuni anak muda dan menyemarakkan semangat perjuangan Islam di tengah-tengah masyarakat Titiwangsa.

Pengarah Koordinasi, Puan Hanis, bersama pasukannya memainkan peranan penting dalam memastikan seluruh pergerakan jentera PAS WP teratur dan mencapai objektif.

Sementara itu, Tuan Izamuddin bin Ludin, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, turut hadir memberikan ucapan semangat kepada seluruh jentera.

“Kehadiran ratusan jentera dari seluruh Wilayah Persekutuan hari ini membuktikan bahawa kita bersatu hati dan tekad untuk memenangkan perjuangan Islam di bumi Titiwangsa. Inilah masanya kita membuktikan bahawa tenaga anak muda dan kesatuan saf perjuangan mampu membawa kemenangan besar kepada PAS dan Perikatan Nasional pada PRU kelak,” ujar beliau.

Gerakan gempur ini menjadi bukti kesungguhan PAS WP dan PAS Titiwangsa dalam memperkukuh jaringan dakwah serta politik, sekaligus mendekatkan parti dengan hati nurani pengundi.