Home Berita PAS Terengganu

Jentera PAS menguasai kawasan tiga felda

20
SHARE

Oleh : Zam zam

HULU TERENGGANU – Jentera PAS menguasai kawasan tiga felda di Hulu Terengganu dalam Pilihan Raya baru-baru ini.

Calon DUN Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ini terbukti PAS dapat mendahului parti Umno.

“Kita Ada empat felda, satu Felda Bukit Bading, Bukit Bading kita ada enam saluran dan dalam PRU baru ni kita menang lima saluran.

“Di Felda Jerangau Barat kita ada tiga saluran dan menang dua saluran. Di Felda Mengkawang kita ada tiga saluran kita menguasai di Felda Mengkawang

“Felda Tersat kita menang dua saluran mengatasi lawan kita BN menang satu saluran. Kita tak menguasai di Felda Tersat

“Kita menguasai tiga Felda satu Felda Tersat kita menang dua saluran BN satu saluran tapi BN menguasai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar borang penamaan calon di Dewan Sivik Ajil, pada semalam.

Menurutnya, PAS mempunyai peluang dan kekuatan untuk menguasai kawasan Felda.

“Keyakinan menang bergantung pada Allah swt. Insya Allah kita akan menang.

“Pertama sekali target kita nak menang dan yang kedua nak menang lebih daripada empat, berapa Allah swt izin kita terima asal kita menang,” ujar Maliaman.

Beliau menambah, dalam PRU baru -baru ini, gelombang sokongan pada parti PAS majoriti empat ribu lebih penyokong.

“Kita tengok gelombang masih lagi bersemarak dan Insya Allah kita rasakan menang serta mengharapkan majoriti yang berganda-gandalah.

“Mengekalkan kemenangan dalam PRU yang lalu, 4,000 lebih ataupun mungkin bertambah lagi,” tambahnya.

Justeru itu, beliau berharap agar pengundi menyokong parti PAS pada 12 Ogos nanti.

“Itu harapan kita. Apa-apa pun kita berserah pada Allah swt.

“Kita tengak riak sokongan di kalangan anak muda alhamdulillah masih lagi hidup dan kalau belon masih lagi terik,” katanya lagi.