Home Berita PAS Johor

Jentera PAS Johor bantu 6 DUN di Negeri Sembilan

43
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

SEREMBAN, 30 Jul : Jentera PAS Johor disusun untuk membantu perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 di Negeri Sembilan.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor, Rusman Kemin di dalam taklimatnya kepada petugas-petugas di Lenggeng, mengharapkan semua jentera dari kawasan-kawasan dapat turun menghulur tenaga.

“Saya mengharapkan komitmen dari semua entiti sama ada pemuda, muslimat, ulama hatta as sabiqun untuk turun membantu,” katanya lagi.

“Kita telah banyak dibantu oleh negeri-negeri lain dalam PRN Johor ke-15 dulu. Inilah masanya kita pula membantu negeri lain.

Demikian ucapan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam pertemuan dengan petugas-petugas di Serting.

Petugas dibahagikan mengikut kawasan-kawasan ke tempat 6 DUN yang bertanding iaitu Lenggeng, Kuala Pilah, Johol, Serting, Gemencheh dan Bahau.

Sebahagian petugas telah berada di lokasi sejak bulan Jun dan akan melakukan gerak kerja hingga 12 Ogos nanti.

Ianya melibatkan petugas media, tugas mencula, mengiringi calon turun ziarah, membantu kempen, menjadi petugas PACA dan tugas-tugas pengurusan.

Ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri turut turun memberi sokongan. Antaranya Pesuruhjaya, Ustaz Abdullah Husin, Timbalannya, Dr Karim Deraman, Cikgu Roslan Nikmat serta Ustaz Khirul Muntanazar.

Juga Ketua Muslimat Johor, Zakiah Tukirin dan Naibnya, Sabariah Amin dan juga Ketua Pemuda, Ustaz Nawfal Dato’ Mahfodz serta Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Sementara Adun Maharani, Abd Aziz Talib juga hampir setiap minggu turun bersama ahli PAS Muar.