Home Artikel PAS Perak

Jentera IT Perak Tekad Sedia Hadapi PRU 14

657
SHARE

Jentera IT Perak Tekad Sedia Hadapi PRU 14


TAIPING : Kemenangan dalam pilihanraya akan datang memerlukan persediaan rapi melalui segala bentuk tenaga untuk memastikan gerak kerja lebih pro aktif dan bersasar sesuai dengan keperluan semasa.

Segala gerak kerja berkaitan teknikal memerlukan kepada satu pasukan IT berkemahiran tinggi maka peranan Jabatan IT sangat diperlukan sekaligus berada dalam watak penting kepada kemenangan pilihanraya.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Ustaz Mustafa Wahab berkata demikian ketika merasmikan Jelajah Rangsangan IT PRU 14 Negeri Perak, di Markaz Tarbiyyah Air Kuning, di sini, 20 Mei.

“Saya semakin jatuh hati dengan gerak kerja IT yang sentiasa membantu Jabatan Pilihanraya melaluk aplikasi serta sistem terkini bagi memudahkan jentera melaksanakan tugasan.

“Keupayaan PAS melahirkan tenaga pakar adalah membuktikan bahawa PAS sentiasa berada dihadapan serta mengikuti perkembangan teknologi terkini.

“Tahniah kepada semua penggerak jentera kawasan-kawasan yang komited membantu PAS dalam segala aspek bahkan ia menzahirkan kepada pihak musuh PAS mempunyai kekuatan luar biasa,” katanya.

JeRIT Negeri Perak telah berjaya mengumpulkan jentera penggerak IT dengan kombinasi dari pemuda, ulamak dan muslimat.

Taklimat berkaitan persediaan PRU 14 juga telah diberikan oleh wakil Jabatan IT PAS Pusat yang diketuai oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong serta beberapa penyelaras Data Apps dan MBMM PAS Pusat.

{jathumbnail off}