KUALA NERUS – Kejuaraan Petronas MAM Cub Prix Malaysia pusingan keenam di Terengganu menyaksikan sambutan hangat peminat sukan permotoran tempatan.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Nor Hamzah yang hadir mewakili kerajaan negeri, sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur kejohanan.
“Kami mengharapkan agar program ini diteruskan di negeri Terengganu.
“Kami juga memohon maaf jika ada kelemahan dalam apa sahaja yang berlaku.
“Program ini memberi impak besar sama ada kepada peminat permotoran, peniaga, hotel dan banyak pihak. Semoga ia terus berjaya di masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang perlumbaan CP150.
Hadir sama ialah Pengarah Promosi Kejuaraan Petronas MAM Cub Prix, Ron Hogg dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli.
Saingan perlumbaan CP150 tadi menyaksikan pelumba Honda Yuzy Estremo Team, Azroy Hakeem Anuar kembali menakluki Litar Permotoran Terengganu apabila mengungguli perlumbaan dengan catatan 16:20:880.
Kejayaan Azroy menyaksikan mengejar rapat pendahulu kejohanan,Md Akid Aziz dari Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing dengan 91 mata.