Home Berita PAS Wilayah

Jelajah Hijau Anak Muda Wilayah Persekutuan Meriah

755
SHARE

KUALA LUMPUR – Program Jelajah Hijau Anak Muda peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung dengan baik dan jayanya pada 22 September yang lepas.

Program dimulakan dengan munajat PRU-14 dan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Yahya yang merupakan YDP Kawasan Batu merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan. Program seterusnya diteruskan dengan konvoi anak muda dan ramah mesra mendekati masyarakat sekitar Pasar Sentul.

Di sebelah petang pula telah diadakan program tukar minyak hitam di dataran Tasik Sri Rampai. Beberapa wakil pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia turut hadir memeriahkan program. Respon dan sambutan yang diberikan oleh anak muda sekitar kawasan Setiawangsa amat memberansangkan.

Apa yang menariknya ketika program tukar minyak hitam ini berlangsung, seorang anak muda berbangsa india telah mendaftarkan diri dengan menyertai DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS). Ianya merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan apabila seorang anak muda non-muslim juga berminat untuk menyertai PAS sebagai parti pilihannya.

Di sebelah malam pula merupakan acara kemuncak bagi Jelajah Hijau Anak Muda peringkat wilayah Persekutuan. Program sembang santai yang menampilkan Zuar XPDC dan Usrah Buskers serta penampilan istimewa Ustaz Mad Cina yang telah menyerikan lagi program pada malam tersebut.

Sambutan secara keseluruhan program Jelajah Hijau Anak Muda ini adalah amat baik apabila kehadiran anak muda yanghadir pada program tersebut mencapat sasaran yang telah ditetapkan. Program diakhiri dengan ucapan pimpinan PAS Wilayah Persekutuan antaranya Ketua Pemuda PAS WP, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain dan diakhiri dengan bacaan doa.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penggerak dan para peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.