Home Berita PAS Perak

Jelajah Hijau 1.0 : Santuni Masyarakat Diaplikasi Dalam Ziarah Kebajikan

1048
SHARE

Jelajah Hijau 1.0 : Santuni Masyarakat Diaplikasi Dalam Ziarah Kebajikan

CHANGKAT JERING : Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang meneruskan usaha mendekati penduduk yang uzur , sakit dan menghadapi musibah.

Program Ziarah Kebajikan yang dijalankan di Kampung Larut Tin dalam DUN Changkat Jering pada 12 November yang lalu sempena siri Jelajah Hijau 1.0.

Program ziarah tersebut disertai oleh AJK PAS Bukit Gantang , Ustaz Nordin Jaafar,Pengarah MTD Changkat Jering , Encik Bad Ali , Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang , Zu Hazmin Badri dan beberapa exco pemuda PAS Bukit Gantang.

Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang , Zu Hazmin Badri berkata , program berkenaan merupakan salah satu antara program jelajah hijau yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Jelas beliau lagi, pelaksanaan program ziarah itu diharap dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan DUN Changkat Jering di samping dapat mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban mereka.

Program yang bermula pada pukul 3.00 petang berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.