Home Berita PAS Pahang

Jangan pernah beralasan dengan Allah

51
SHARE

Oleh : NOR IDAYU HASHIM

ROMPIN, 6 Mei – Muslimat diingatkan bahawa keberkatan dalam setiap gerak kerja adalah datang dari redha Allah.

Ahli Parlimen Tumpat Mumtaz Md Nawi berkata dalam perjuangan jangan pernah untuk bersangka buruk kepada Allah.

“Jangan pernah beralasan dengan Allah, kerana nanti Allah akan beralasan dalam setiap urusan kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Rompin kali ke-35 di Muadzam Shah di sini semalam.

Dua anugerah telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Tumpat iaitu Anugerah Saidatina Siti Khadijah kepada Mazyah Mahussain manakala Anugerah Saidatina Fatimah kepada Sakinah Mamat.

MAT yang dihadiri lebih dari 100 orang perwakilan tersebut, juga dihadiri pemerhati dari DMP Negeri Pahang iaitu Sofeah M. Shah manakala pemerhati dari PAS Kawasan Rompin adalah Rozali Awang Muda.