Home Berita PAS Selangor

Jangan pertikai kewujudan wabak COVID-19 – Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

67
SHARE

May be an image of text

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alah | Rata-rata rakyat Malaysia sudah sedar akan “keganasan” penularan dan kesan wabak COVID-19 ini. Dengan angka harian positif sudah melebihi 9 ribu sementara angka kematian sudah menghampiri 3 angka. Namun begitu, apakah masih ada pihak yg mempertikai kewujudan wabak ini? Hakikatnya kita sudah melihat kesan pelanggaran SOP yang akibatnya muncul 25 kluster sambutan hari raya.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh ketika dihubungi memaklumkan bahawa saat Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa haram merentas negeri dengan ciri-ciri yang telah dinyatakan, akan tetapi wujud kenyataan netizen yang menghina Mufti. Bila kerajaan mengenakan sekatan pergerakan ramai yang marah. KKM perkenalkan SOP ramai yang tidak patuh.
“Lebih membimbangkan apabila Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyatakan kes harian mungkin boleh mencapai 14 ribu pada minggu kedua Jun depan. Hari ini hampir semua ICU hospital beroperasi melepasi angka 90% dan ada ICU yang operasinya hingga 102%”, jelas beliau lagi.
Beliau mengharapkan apa yang dijangka oleh KP Kesihatan tidak menjadi kenyataan. “Jangan sampai doktor terpaksa memilih siapa yang perlu hidup dan siapa yang dibiarkan mati. Patuhi SOP. Patuhi Lockdown. Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19”, jelas beliau mengakhiri ulasan tersebut.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor