Home Rencana PAS Selangor

Jangan percaya dengan agenda anti vaksin – Pengarah Task Force Vaksin PAS Negeri Selangor

108
SHARE

May be an image of one or more people and people sitting

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Task Force Vaksin PAS Negeri Selangor

Pelajar gugup untuk terima Vaksin akibat trauma yang dihadapi, kemungkinan terpengaruh dengan gurauan daripada rakan sebaya, ibu bapa, atau terima pelbagai maklumat salah daripada golongan anti vaksin.

Terdapat kes pelajar pengsan selepas menerima vaksin, kerana gementar dan ia menyebabkan pelbagai spekulasi dikalangan masyarakat mengenai vaksin dan mula diambil kesempatan oleh golongan anti vaksin.

Pelajar-pelajar ini perlu dikenal pasti dan segera diberikan kaunseling sebelum mengambil vaksin bagi mengurangkan resiko lemah semangat yang boleh menyebabkan pengsan selepas suntikan vaksin.

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan Pelajar-pelajar sekolah memahami kepentingan vaksin dan kesan jika tidak mengambil vaksin, hikmat nasihat daripada badan-badan bukan kerajaan secara atas talian juga mampu memberi maklumat yang baik kepada pelajar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor