Home Rencana PAS Selangor

Jangan menangguh untuk bersedekah – DMPK Kuala Langat

111
SHARE

May be an image of 2 people

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ: أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيْحٌ شَحِيْحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلُقُومَ قُلْتَ: لِفُلاَنٍ كَذَا وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنِِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya; “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”. Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa kedekut (kikir) dan takut menjadi miskin dan berangan-angan untuk menjadi orang kaya. Oleh itu, janganlah kamu menunda-nunda untuk bersedekah sehingga ruh sampai di kerongkongmu, maka, kamu baru berkata, “Ini untuk si fulan dan itu untuk si fulan, padahal harta itu sudah menjadi milik si fulan.”

(HR Bukhari no: 2748) Status: Hadis Sahih

Sahabat bertanya bila pahala sedeqah jadi besar ?

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا

Nabi saw Jawab semasa kamu tengah kedekut (bakhil).

تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيْحٌ شَحِيْحٌ

Maksud kedekut ?

تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى

Kamu ada sedikit harta dan kamu bimbang dengannya jika kamu belanjakannya akan menjadikan kamu miskin dan dengannya kamu akan jadi senang.

والله أعلم .
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ و الْبُخْلِ

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor