Home Berita PAS Terengganu

Jangan Jadikan Mazhab Sebagai Agama

56
SHARE

KUALA TERENGGANU – Umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan mazhab sebagai agama, sebagaimana rosaknya Kristian yang telah mengambil perkara cabang dalam mazhab sebagai pegangan.

“Kristian ni banyak mazhab, mazhab dia macam ugama dalam agama, mazhab dianggap sebagai agama,

“Kita orang Islam juga ada yang nak menjadikan mazhab sebagai agama, tak boleh!

“Mazhab ni ialah cabang dalam masalah ‘furuq’ dalam agama, bukan agama, kalau kita wajibkan mazhab ini jadi macam Kristian, ia satu pendekatan yang salah, kita kena faham,” kata Presiden PAS.

Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Awang berkata demikian ketika menyampaikan kuliah mingguannya di masjid Rusila, semalam.

Menurutnya lagi, adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu mazhab sebagai pegangan semata-mata dan menjadikan undang-undang serta mengaggap satu-satu mazhab dalam Islam itu sahaja yang betul.

“Mazhab adalah kekhilafan ulamak dalam membahaskan sesuatu hukum cabang dalam agama,

“Jangan jadikan masalah cabang satu agama dalam ugama, mazhab kita sahaja yang betul, mazhab lain semua salah,

“Itu tak boleh!,” tegas beliau lagi.

Kata beliau, Islam adalah Islam yang satu dan tidak ada dalam Islam itu ‘agama Hanafi’ atau ‘agama Shafie’ dan sebagainya