Home Berita PAS Selangor

Jangan gila politik disaat rakyat susah dan berharap – Setiausaha BPPN Selangor

52
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "Teamwork is vital Self- discipline among the people, along with wider and faster vaccinations, can be the perfect formula to bring down the Covid-19 infectivity rate, which has risen lately say health experts > See page for report by ASHLEY TANG and CLARISSA CHUNG n Safety measure Cord programme PPR Sor FAIHAN GHANU The"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Setakat semalam 23 Jun 2021 pandemik Covid 19 telah meragut nyawa 4,637 orang di Malaysia. Kita masih dalam tempuh Darurat dan PKP seluruh negara dalam usaha memutuskan rantaian wabak ini.

Kesan dari langkah kerajaan mengakibatkan ramai yang hilang perkerjaan, ramai yang tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan perniagaan rata-rata kehidupan awam teruk terjejas. Langkah drastik ini bukanlah pilihan tetapi ia sesuatu yang perlu demi menyelamtkan nyawa, kepentingan dan masadepan kita semua.

Sesunggunhya pandemik ini bukan ditanggung negara atau rantau kita sahaja tetapi ia turut menjejaskan dunia. Oleh itu masing-masing negara mengambil langkah yang perlu dan terbaik untuk menyelamatkan rakyat masing-masing.

Ternyata usaha terbaik yang terbukti setakat ini adalah melalui vaksinasi. Pencapaian imuniti kelompok adalah langkah terbaik untuk meringankan beban pandemik ini dan ia setekat ini telah memulihkan keadaan dibeberapa negara maju dan Malaysia juga tidak mustahil boleh mencapainya.

Jika kita berjaya memertingkatkan jumlah rakyat yang menerima vaksinasi hingga ke tahap 80% penduduk, tidak mustahil kehidupan boleh kembali seperti sebelumnya. Setakat jam 11.59 malam 22 Jun 2021, 6,301,727 rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin iaitu 4,574,685 telah menerima dos pertama manakala 1,727,042 telah menerima dos yang kedua.

Ini bermakna 5.3% rakyat telah menerima kedua-dua dos dan jika kadar vaksinasi sehari melebihi angka 250,000 sehari (sebagaimana telah tercapai Selasa lepas), menjelang pertengahan Julai sekurang-kurangnya 10% rakyat Malaysia telah menerima vaksin masing-masing. Dan mengikut kerajaan dalam bulan Ogos disasarkan kadar vaksinasi ini mencecah 400,000 dos sehari dan ini kelak akan memungkinkan kita mencapai sasaran immuniti kelompok sebelum hujung tahun.

Apakah yang rakyat Malaysia mahu?

Rakyat Malaysia mahu kehidupan mereka kembali pulih seperti biasa, negara berjaya memutuskan rantaian Covid 19 dan kita mencapai imuniti kelompok sebagimana disasarkan. Sementara itu kerajaan perlu keluar dengan pelbagai skim, subsidi dan tawaran untuk meringankan beban rakyat dalam kita sama-sama meredah kesusahan ini, memeranginya dan akhirnya berjaya menewaskannya.

Usaha ini perluklan kerjasama dan pengorbanan semua pihak.
Yang pasti ini bukan masanya menuding jari dan menyalahkan sesiapa, kita bersama memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan usaha untuk mencapai sasaran yang dimaksudkan.

Yang pasti rakyat bukannya mahu mendengar orang-orang politik bertikam lidah, berperang sesama sendiri, cantas-mencantas, dan merebut kuasa. Ini bukan masanya berpolitiking.

Yang pasti rakyat bukannya mendesak dan mahu PM atau kerajaan baru, tambahan PM boneka atau kerajaan yang didominasi golongan yang berkemampuan memecah-belahkan ummah.

Yang rakyat mahu adalah kejayaan memerangi pandemik ini, keluar dari bebanan ini yang cukup mencengkam kehidupan mereka, dan agar mereka dapat hidup kembali normal seperti dahulu.

Bersamalah kita berusaha ke arah itu, masing-masing berperanan memikul tugas dan tanggungjawab masing-masing. Buruklah perangai mereka yang bernafsu mahu mendahulukan agenda peribadi masing-masing atas ratapan dan kesusahan rakyat ini.

Jika Darurat perlu ditamatkan 1 Ogos ini tamatklanlah. Jika Parlimen perlu bersidang, bersidanglah, jika ia membantu memulihkan kehidupan rakyat dan negara. Tetapi janganlah pula digunakan Parlimen nanti sebagai gelanggang untuk menjadi jaguh, berkokok bagaikan ayam jantan tetapi ekor bergelumang najis.

Yang rakyat mahu adalah jalan keluar dari kemulut ini, bukannya menaik atau menjatuhkan sesiapa. Jangan persia atau permainkan harapan rakyat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor