Home Berita PAS Terengganu

Jangan cipta kebencian tanpa pertimbangan dosa dan pahala

208
SHARE

Muncul hakim-hakim tidak bertauliah dalam Medsos yang mengumpas dan menghukum berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik dari akaun Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS dan juga JPKK di Terengganu.

Bukan sahaja dicipta kebencian dengan kata-kata kesat, secara tidak langsung memalukan tuan rumah sekeluarga. Bermacam kata nista, sumpah seranah ditulis dengan tidak ada perasaan bersalah apatah lagi memikir dosa dan pahala.

Serangan ini bertali arus seiring aktiviti YB-YB dan JPKK serta agen parti PAS melakukan agih setiap hari di dalam ceruk kampung dengan merakam gambar aktiviti sebagai bukti gerakerja.

Maklumlah sumber atau bekalan datang dari banyak pihak, kadangkalanya penyumbang seperti syarikat atau badan-badan tertentu meminta agihan barangan mereka disusuli dengan gambar agihan.

Pembuat serangan tidak tahu menahu apa sebenarnya sasaran yang ditelah diputuskan. Ada yang bersasar, ada yang telah ditetapkan dan ada pula kesemua penduduk melalui bilangan rumah dihantar bekalan.

Penulis mengambil contoh mudah, bantuan kali ini ialah kepada semua yang disahkan positif covid. Di sini sasaran sangat jelas. Semua yang positif. Contoh ada 40 hingga 50 rumah yang terlibat. Lalu diagihkan sumbangan dan bantuan.

Tidak diambil perkiraan lain, kamu miskin, kamu kaya, rumah banglo atau ala-ala istana. Kamu tersenarai kamu berhak dan petugas akan mengagihkan. Biarkan pun kereta bersusun di halaman rumah.

Begitu juga bantuan untuk orang cacat atau OKU, Besar mana pun kediaman yang dia duduki, bantuan akan sampai dan disampaikan tanpa mengira akan rumah ada atro ke, ada penghawa dingin ke atau ada kereta jaguar ke.

Bantuan Anak Yatim, kebetulan dia keluarga berada, pihak YB, pihak JPKK atau petugas akan cari setiap ceruk kampung untuk menemui mereka menyampaikan sumbangan.

Tidak kira juga anak yatim ini kematian ayah atau kematian ibu. Perkiraanya mereka hilang salah seorang penjaganya yang menjadi sumber pendapatan keluarga tersebut.

Begitu juga kita kisah iman yang kamu tuduh kaya terima zakat, seorang iman yang agak kaya, ada banglo besar, ada kereta besar, ada ramai isteri mengikut syariatnya, dia tetap mendapat sebahagian zakat ini apabila dia dalam masa yang sama menjadi amil zakat di satu-satu khariah itu.

Jadi bukan semua benda kamu nak cipta FITNAH dan timbul kekacauan di dalam kampung. Fahamilah situasi sebenar, kena tahu sebelum buat tuduhan melampau apatah lagi dengan perkataan celaka, babi, zalim, tidak adil, pilih kasih dan macam-macam lagi tanpa kamu itu tahu akan perkara-perkara yang kamu hanya andai-andaian sahaja.

Jika bodoh sahaja tak mengapa boleh belajar lagi. Usaha lagi untuk berubah, tapi membina Fitnah, tuduhan melampau dengan cercaan cercaan buruk, sesungguhnya kamu menghabiskan sisa hidup dengan menambah, menghimpun dosa-dosa yang sukar untuk kamu mencari keampunannya.

Oleh itu hentikanlah kerja sia-sia, jika sia-sia hilang begitu sahaja tidak mengapa, ini habis berdosa dengan orang kampung, disambut pula oleh geng-geng penyambung fitnah dan menjadi berangkai-rangkai akan fitnah yang kamu ciptakan itu hanya berpunca dari gambar-gambar yang dipesongkan dari perkara sebenar.

Sekian.
Catatan Selasa.
Naraza Haji Muda
Marang Terengganu. 15 Jun 2021 | 2:30pm