Home Berita PAS Terengganu

Jangan Cemarkan Ramadhan Dengan Pesta Maksiat

78
SHARE

Umat Islam seluruh negara dikejutkan dengan tularnya poster program Thai Hot Men sempena pembukaan Pub Privacy Tun Razak di ibu negara pada bulan ramadhan yang sudah hampir menjelang tiba.

Poster itu menampilkan model lelaki asia dengan pakaian seperti wanita yang menjadi pelayan didalam Pub tersebut. Aktiviti songsang ini jelas satu agenda LGBT yang cuba ditanamkan untuk merosakkan generasi muda akan datang.

Pemuda PAS Negeri Terengganu terus mengancam sebarang program kemaksiatan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, tambahan lagi ianya dilakukan pada bulan suci untuk umat Islam iaitu Ramadhan.

Bukan itu sahaja, program kali ini seolah mempromosikan kegiatan LGBT dalam negara Malaysia dan sengaja diadakan dalam bulan pesta ibadah umat Islam.

Penganjuran program seperti ini jelas tidak menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti umat Islam yang ada di seluruh negara.

Kita juga menyeru kepada pihak berkuasa Agama dan pihak berwajib untuk mengambil tindakkan kepada program seperti ini dan seterusnya mengawalnya agar ia tidak menjadi satu normalisasi budaya dalam negara Malaysia.

MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda PAS Terengganu