Home Berita PAS Sabah

“Jangan biar anak kecil berseorangan”

93
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
7 November 2022

LAHAD DATU : Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan PAS Lahad Datu, Nizam Latuah menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan anak mereka berseorangan di dalam rumah.

Beliau menyatakan demikian selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan, keperluan dapur dan wang tunai kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sabah Baru semalam.

Pengerusi LKK PAS Lahad Datu menyerahkan bantuan kepada keluarga mangsa

“Keselamatan anak kecil perlu sentiasa diawasi apatah lagi tanpa pantuan orang dewasa walaupun berada di dalam rumah,” ujarnya.

Menurutnya, jika tidak dipantau dengan rapi, berkemungkinan boleh mengancam nyawa mereka.

Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sabah Baru telah berlaku baru-baru ini menyebabkan rumah tersebut hangus terbakar.

Mangsa, Sharif, 41, memberitahu bahawa peristiwa itu berlaku ketika beliau tiada di rumah.

“Saya berada di tempat kerja ketika itu, hanya isteri dan anak saya berusia 9 bulan sahaja berada di rumah,” ujarnya.

Beliau memberitahu bahawa ketika itu isterinya Siti Aisyah, 30, menjemur kain dan anaknya ditinggalkan tanpa pantauan.

“Sebaiknya sahaja melihat api mula merebak kecil di dalam, isteri saya terus bergegas ke dalam rumah membawa keluar anak saya tanpa sempat menyelamatkan dokumen penting,”katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap menyatakan kesyukuran kerana anak dan isterinya masih selamat.

Kini Sharif dan keluarga tinggal bersama keluarga terdekat akibat kebakaran tersebut yang memusnahkan keseluruhan rumah mereka.