Home Artikel PAS Terengganu

Jangan Berseronok Atas Musibah Orang Lain

196 views
SHARE

Apabila mendapat perkhabaran kurang baik tentang seseorang atau anak isteri seseorang seeloknya kita berdoa agar Allah pelihara dan selamatkan diri kita serta anak isteri kita dari sebarang ujian yang berat serta mara bahaya. Doakan juga kesejahteraan buat orang yang diuji. Bukan untuk kita berseronok dan mencari ruang untuk menghina dan memperlekehkan seseorang. Sesungguhnya Islam agama yang damai lagi mendamaikan dengan akhlak dan budi yang baik.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami penyejuk mata-mata kamu dan jadikanlah kami pemimpin ikutan orang-orang bertaqwa”
Surah al-Furqan ayat 74